Saturday, December 18, 2010

backup Thunderbird kat Window7

Windows Vista and 7

  1. Click the Windows Start button and type %APPDATA%\Thunderbird\Profiles\ in the Search box at the bottom of the Start menu, without pressing Enter. A list of profiles will appear at the top of the Start menu.

  1. Click on any of the profiles (e.g. xxxxxxxx.default) to open it with Windows Explorer.
 

Backing up a profile

To back up your profile, simply shut down Thunderbird and then copy the profile folder to a backup location (such as an external disk or drive).

Moving a profile

Occasionally, you might want to move a profile or tell Thunderbird to use a profile stored in another location.
  1. Shut down Thunderbird.
  2. Move the profile folder to the desired location. For example, on Windows XP, move the profile from C:\Documents and Settings\username\Application Data\Thunderbird\Profiles\xxxxxxxx.default to D:\Stuff\MyMailProfile. (If you are reverting to a backed up profile, this step isn't necessary. Just note the current location of the profile you want to restore.)
  3. Open up the profiles.ini file in a text editor. The file is located in the application data folder for Thunderbird:
  • On Windows Vista/XP/2000, the path is %AppData%\Thunderbird\
  • On Windows 95/98/Me, the path is usually C:\WINDOWS\Application Data\Thunderbird\
  • On Linux, the path is ~/.thunderbird/
  • On Mac OS X, the path is ~/Library/Thunderbird/
  1. In the profiles.ini file, locate the entry for the profile you've just moved. Change the Path= line to the new location.
  2. If you switch from a relative path to a non-relative path, the direction of the slashes may need to change. For example, in Windows, non-relative paths use backslashes, whereas relative ones use forward slashes. Change IsRelative=1 to IsRelative=0.
  3. Save profiles.ini and restart Thunderbird.

Monday, October 18, 2010

Rezeki ada mana2..

kekadang masalah yg TUHAN bagi kat kita tu ada hikmahnya..

ada gu aku tu.. susah sangat cari khijo.. yer lah, masa skolah dulu malas. pah takat SPM sapa nak ambik dih? dah khijo molek2 bos tak sukalah, kena buang.. tu org kata tak dak rezeki kan.. tapi hikmahnya dia tak putus asa.. ikut ada khijo dia buat.. tup tup lonih jadi tokey.. tokey besar plak tuh..usahawan berjaya.. bangga aku ada kawan camtu.. biarlah bukan kita pun, kawan senang kita rasa macam ada semangat sama.

Asalkan ada usaha.. jangan putus asa.. may be keberkatan jugak penting.. dia jenis straight sikit.. tak reti coner2.. tu bos bos belum ni tak suka kat dia.. lurus sangat..  tapi pasal luruslah org yakin nak niaga ngan dia..

Moralnya : jangan putus asa, masalah yg tuhan bagi kekadang tu ada hikmahnya, maybe nak uji iman atau nak bagi peluang yg lebih besar..

Sunday, June 27, 2010

Trace lokasi melalui IP address

hee hari nih duk godek2 jupolah satu web nih.. kita bulih trace org hak hantar email ko kito tu dari mana..  hee menarik gak tuh..

terlebuh dahulu kita kena tahulah IP address org hak hantar email tuh.. biasa nya semua tuh ada sekali dalam email penghantar tuh.. kalau pengguna Thunderbird..

Click kat "other action" untuk dapatkan source nya click kat "View Source"

selepas tu akan keluar pop up source nya..
Cari IP Address nya.. copy IP address tu.. highlight dan copy .. heeee

lepas tu buka web site ni - http://www.yougetsignal.com/tools/visual-tracert/
lepas tu paste IP Address tu kat remote address form, lepas tu click kat "host trace"

dia akan keluar peta tunjuk kat mana lokasi IP address tersebut.. tapi lokasi tu tak lah 100% betul..

Thursday, April 29, 2010

Kasyaf

gapo dia kasyaf tak tahu dih? bagi org hak tak ikut perkembangan benda2 ni memang org kata jakun (maaf bukan nak hina org jakun, setakat istilah hak org biasa bagi). setakat pasal IT.. duit.. sukan.. politik.. mesti org duk cakap sokmo dih.. kawe baru dengar jah pasal nih.. menag ketinggalan sungguh..

Kasyaf
ni adalah salah satu peneranga  hak kawe baca kut internet, entah betul atau tak tak tahu lah..
petikan dari - http://www.mail-archive.com/mencintai-islam@yahoogroups.com/msg01608.html
Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.


Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.


Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:


1) Kasyaf Mata


Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.


2) Kasyaf Telinga


Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.


3) Kasyaf Mulut


Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya masin seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.


4) Kasyaf Akal


Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.


5) Kasyaf Hati


Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, "Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah". Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.


Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya. Sekian.
__._,_.___

Ilmu merupakan harta abstrak titipan Allah Subhanahu wata'ala kepada seluruh manusia yang akan bertambah bila diamalkan, salah satu pengamalannya adalah dengan membagi-bagikan ilmu itu kepada yang membutuhkan.
Janganlah sombong dengan ilmu yang sedikit, karena jika Allah Subhanahu wata'ala berkehendak ilmu itu akan sirna dalam sekejap, beritahulah orang yang tidak tahu, tunjukilah orang yang minta petunjuk, amalkanlah ilmu itu sebatas yang engkau

Friday, February 12, 2010

Rakyat dapat tanah

KUALA TERENGGANU 13 Jan. - Semua rakyat Terengganu termasuk kakitangan kerajaan akan diberi satu lot tanah sama ada sebagai tapak rumah atau untuk tujuan pertanian.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri akan memastikan setiap keluarga yang masih belum memiliki tanah akan diberi satu lot menerusi proses permohonan dan pembahagian tanah di negeri itu.
Bagaimanapun menurutnya, bagi yang sudah mempunyai tanah mereka tidak layak diberi pertimbangan.
"Dalam hal ini, kita bagi juga (tanah) kepada pegawai kerajaan sebagai penghargaan kepada kakitangan awam yang belum menerima pemberian tanah kerajaan dengan syarat mereka sudah berkhidmat lebih 10 tahun dan merupakan rakyat Terengganu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis taklimat Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Terengganu bertajuk Menuju ke Arah Kecemerlangan sempena pelancaran Program Pendaftaran Urusniaga dan Bukan Urusniaga Dalam Masa Sehari di Wisma Darul Iman di sini hari ini.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokthar Nong; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mazlan Ngah dan Pengarah PTG negeri, Datuk Abdul Razak Ismail.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerajaan negeri menganggap golongan yang sudah ada tanah di negeri ini amat bertuah kerana berkemampuan membeli tanah sendiri.
Menurutnya, pada masa ini tanah di Terengganu semakin kurang dan untuk melaksanakan projek perumahan, tanah paya terpaksa digunakan kerana tanah yang lain sudah diberi kepada rakyat.
Beliau memberitahu, kerajaan negeri tidak membuka sepanjang masa permohonan untuk mendapatkan tanah kerana ada golongan yang meneroka tanah kerajaan menjualnya kepada pihak lain.
"Jadi, susahlah kerajaan. Kita hanya akan beri tanah kepada mereka yang benar-benar memerlukannya," tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, PTG negeri adalah yang pertama melaksanakan sistem pendaftaran pelbagai urusan tanah dalam tempoh sehari.
Jelasnya, sistem tersebut dilakukan dengan mengikut jejak langkah Jabatan Imigresen yang dapat mengeluarkan pasport dalam masa sehari.
Menurutnya, walaupun urusan pendaftaran tanah lebih bersifat teknikal dan menyulitkan, namun berkat usaha bersungguh-sungguh pegawai dan kakitangannya, PTG dapat melaksanakan tugas itu dengan berkesan.
Beliau turut kagum dengan persekitaran pejabat PTG yang kondusif dengan sistem penyimpanan fail dan stor yang teratur.
Ahmad mahu keadaan sama dilakukan di pejabat tanah daerah-daerah supaya semua urusan dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna.

(http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0114&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm)

Org duk di KL atau selangor...apply melalui PESAT (Persatuan anak2 Terengganu di KL ngan Selangor)
no:03-89263344

Sunday, February 7, 2010

Puah Duk sajo..

 puah2 duk saja.. kawe tergodek web demo nih.. ok gak.. banyak gak hak free - http://www.wincustomize.com/

bagi mereka yg puas tengok Screen PC dia gitu.. jer. Nak cari kelainan.. dan menyusah diri silakanlah..

tapi ada gak yang berfaedah..

kawe tra install "ObjectDock":.. ok gak.. cool

Saturday, February 6, 2010

Pantang Larang Pemakanan Bagi Pengidap Kanser.

1) Dinasihatkan supaya jangan makan nasi sebelum jam 12.00 tengahari. Ianya dapat di tukar kepada gula melalui sistem badan kita. (Gula mempunyai kandungan PH5; merupakan persekitaran yang sesuai untuk kanser merebak).

2) Gula – Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli gunakan madu sebagai gantian

3) Produk tenusu seperti keju, susu segar, mentega & lain-lain
Susu membuat tubuh menghasilkan mucus/lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu soya tanpa gula.

4) Seafood : seperti ketam, sotong & udang. Gamat juga tidak digalakkan (makanan ini dapat menyuburkan sel kanser)

5) Minuman : Kopi, teh, minuman bercoklat (ini akan membuat sel kanser lebih cepat merebak)

6) Daging merah wajib di elakkan terutama daging lembu, kambing, unta, rusa & khinzir. Sisa daging yang tertinggal di dalam usus akan menghasilkan asid.

7) Sayur & buah-buahan “bergetah & berangin” seperti nangka, cempedak, sukun & kundur (menyebabkan kesakitan & berdenyut)

8) Ikan bersisik seperti ikan haruan, ikan merah, ikan gelama & sebarang jenis ikan yang bersisik.

Contoh ikan tidak bersisik yang boleh dimakan, seperti ikan tongkol, ikan yu, Ikan salmon, Ikan kembung, ikan keli, ikan patin & lain-lain (Ikan yang tidak mempunyai sisik & berada di laut dalam di percayai mempunyai kandungan Omega 3 yang sangat tinggi, Omega 3 merupakan anti kanser).

9) Makanan segera & sebarang produk dalam tin: seperti ikan sardin, buah laici & jagung dalam tin, minuman bergas serta sebarang produk yang mengandungi bahan pengawet.

10) Makanan berjeruk, ikan masin, telor masin, budu, belacan tidak digalakkan untuk dimakan.

11) Makanan yang dipanggang & di bakar seperti sate, ikan bakar, daging bakar, ikan panggang & lain-lain harus di elakkan kerana makanan tersebut mengandungi kandungan karbon yang tinggi.

12) Sayuran & buah-buahan seperti kobis, tembikai, timun, nangka, lobak putih (sebarang sayur yang berwarna putih, cendawan)

Kanser (Cancer) dan vitamin B17

sari dua baru nih ada lah tengok rencana kat TV, Halal Bio.. berguna jugak cerita nih.. belum nih buat dek jer.. hari tu dia cerita pasal penyakit kanser.. rupa2nya kanser ni bukan tak ada ubat tapi tak diketengahkan saja.. kalau tipu cerita TV tu tipu lah saya ni.. cuma sampaikan apa yg di tayangkan saja..

katanya penyakit kanser ni ada ubatnya tapi tak dikomersialkan saja. pasal penawarnya adalah "Vitamin B17". Oleh kerana Vitamin B17 (Amygladin) adalah dari sumber alam semulajadi, so tidak boleh di patenkan (daftar hak milik).. oleh kerana tidak boleh dipatenkan syarikat2 besar tak boleh kaut atau tak boleh buat untung besar.. lagi baik bagi mereka hospital2 teruskan kaedah yang biasa seperti Kimoterapi atau ubat-ubatan mahal yang sedia ada.. mereka boleh buat keuntungan yang lebih besar.. 

sumber dari Wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Amygdalin

rupa2nya Vitamin B17 (Amygladin)  ni bukan susah.. ianya terdapat dalam biji buah apricot.. selain itu ianya juga terdapat dalam Ubi kayu (memang sedap dimakan, he he) , dalam Kacang Hijau dan juga dalam biji anggur.

sumber - http://cancer-b17.blogspot.com/

Friday, January 15, 2010

Nama Kelantan asal dari perkataan Kerat Lintang (Keghak Letey)?



Tak seko dih? Nama Kelantan tu berasal dari perkataan Kerat Lintang atau keghak letey kut kelate.
duk godek2 fotopages - http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=1977208 jupa pasal nih..

detailnya
- http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Kelantan
"Pusat pemerintahan utama semasa pemerintahan Long Gaffar di Negeri ini ialah di Kota Limbat, Peringat dan pada masa yang sama seorang tokoh iaitu Long Yunus (anak Long Sulaiman) yang merupakan sahabat baik Long Gaffar yang dianggap sebagai adik oleh baginda Long Gaffar. Lalu Long Yunus telah diberikan kuasa memerintah oleh Long Gaffar dari kawasan Pasir Tumbuh hingga ke Padang Garung, dan seterusnya hingga ke Kuala Kemasin dan Di sebelah Baratnya hingga ke Bukit Tanjung (Narathiwat). Walau bagaimanapun, segala keputusan dan kuasa sebenar berkaitan pentadbiran dan kes-kes jenayah adalah terletak di bawah bidang kuasa Baginda Long Gaffar di kota Limbat. Peristiwa ini yang menyebabkan munculnya nama "Kelantan", yang dikatakan berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang" antara Raja yang memerintah iaitu baginda Long Gaffar yang berpusat di Kota Limbat dengan Long Yunus dan sempadannya ialah Pasir Tumbuh."

- http://ms.wikipedia.org/wiki/Perbandingan_Raja_Kelantan_Long_Gaffar_dan_Long_Yunus
"Long Gaffar telah mengasaskan pemerintahan di Kota Jelasin (Wakaf Che Yeh). Selepas lebih kurang setahun, baginda telah memindahkan pusat pemerintahannya ke Limbat pada tahun 1762.Perpindahan pusat pemerintahan ke Limbat menandakan bermulanya penubuhan Kelantan yang berasal dari perkataan "Negeri yang Dikerat Lintang". Baginda Long Gaffar menguasai secara mutlak kuasa pemerintahan Kelantan. Sebagai membalas jasa, Long Yunus pula telah diberikan kuasa memerintah di Kota Bharu. Peristiwa inilah yang menyebabkan munculnya nama "Negeri yang Dikerat Lintang", iaitu negeri yang di kerat lintang di antara Baginda Long Gaffar dan Long Yunus. Sempadan bagi kedua-dua kawasan pemerintahan ini ialah Sungai Pasir Tumboh."

Saturday, January 2, 2010

Hari baru...

mak2 bapak2 semua sibuk hari ni, ghamai hak kena ambik cuti hari ni pasal kena tunggu anok skolah.. sapa kedai roti canai kat opis aku pun kena tutup.. pasal hak jong kibar roti kena hantar anak gihy skolah.. sapa ko pak skali keno skolah..kwa kwa kwa.. anak punya pasal. nok buat guano, sayang anak kan.. kalu buke kito sapo lagi key...? dah anak kita..

opis kawe pun dah mula sibuk.. hari ni semua staff start check in.. memang penuh opis.. tu belum masuk customer lagi.. dah opis kecik staff 4 org masuk ngan budak praktikal plak.. tapi tak kisah lah.. asal bahagia..

Booking dah banyak dah masuk..tapi tahun ni semua nak Abdul chalet.. tak tahu bakpo.. bekali pasal murah sikit kut.. pantai dia pun ok gak..